16 penumpang mengalami kecederaan ringan selepas bas ekspres dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di km179.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara di Jasin pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3.50 pagi itu, bas yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun terbabit merempuh bahagian belakang sebuah treler yang membawa barangan kitar semula.